Tuesday, 26 April 2011

kisah hati perempuan pada seseorang..

kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehingga menitis air matanya namun kita tidak melihat..kerana menangis dia didalam senyap..menangis didalam hatinya..deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai mainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

dan kadang bila kita mampu melihat air matanya mengalir..sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya..dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan diri dari mengalirnya air mata itu..dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan,mungkin dia melakukan perkara di luar kawal..bimbinglah dia..tenangkanlah dia..

disaat menitisnya air mata itu,jika kamu berpesan padanya dan berjanji xkn melukai lagi perasaannya..dia akan menerima kata2mu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara..dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya,lantas dia akan menggenggam erat tanganmu..didalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu,janganlah kau beranggapan tiada langsung perasaan rindu untuk kamu..sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga2 jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang merindukannya..apabila perempuan kata dia rindu kamu,dia benar2 maksudkannya..apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

apabila dia kat lelaki lain lebih baik dari kamu,jangan percaya katanya..kerana dia mahu menguji kamu..dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi terbaik di matanya..walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik dihatinya..selagi dia dgn kamu,percayalah,walaupun perempuan anggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya tetapi dihatinyakamu tetap yang terbaik..kerana kamulah dunianya selamanya..

kadang dia menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki mampu bersabar dengan karenahnya..percayalah hati perempuan sgt lembut,andai kena caranya,jgn terkejut jika dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..

dan kadang bila dia berkata"tolong tinggalkan saya!"dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar sahaja..apabila dia kembali tenang,percayalahdia akan mencari anda semula..itu tandanya dia benar2 mencintai anda..perempuan sukar untuk mengawal perasaan..dia terlalu emosional,terlalu sensitif  dengan perubahan pada diri kamu..

seseorang itu bermaksud lelaki atau kamu..sekali perempuan telah jatuh hati,dia amat berat untuk melepaskannya pergi..jika dia pergi,ambil masa yang lama untuk melupakannya..=)

No comments:

Post a Comment